Aktiviti Kemasyarakatan اكتيۏيتي كمشراكاتن Muhyiddin_Yassin

Selain itu, beliau juga banyak terlibat dalam aktiviti kemasyarakatan. Pelbagai jawatan yang beliau pegang, antaranya sebagai Penaung, Pengerusi, Presiden, Yang di-Pertua, Timbalan Pengerusi, Timbalan Presiden dan sebagainya.

Pasukan Pakaian Seragam

Persekutuan Pengakap Malaysia

Beliau juga merupakan mantan Timbalan Presiden Agung Persekutuan Pengakap Malaysia. Pada 25 April 2009, beliau telah merasmikan Majlis Sambutan 100 tahun Pengakap Malaysia. Hadir sama, Tun Abdullah Datuk Ahmad Badawi.

Beliau adalah penerima Bintang Semangat Padi Kelas Pertama (BSP I) - Emas dan Pingat Peringatan Sambutan 100 Tahun Pengakap Malaysia.

Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia

Beliau adalah mantan Timbalan Presiden Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia dalam Majlis Presiden. Persatuan ini bergiat cergas dalam memberi khidmat kepada masyarakat. Antara perkhidmatan yang ditawarkan adalah perkhidmatan ambulans, pengurusan bencana, latihan dan pembangunan serta perkhidmatan kesihatan dan komuniti.

Sukan

Tan Sri Muhyiddin Charity Golf Foundation (Yayasan Golf Amal Tan Sri Muhyiddin)

Tan Sri Muhyiddin Charity Golf (Golf Amal Tan Sri Muhyiddin)

Tan Sri Muhyiddin Yassin juga merupakan pengasas TSM Charity Golf yang ditubuhkan dalam tahun 2002. Ia merupakan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang bermatlamat untuk membentuk masyarakat penyayang melalui sumbangan kebajikan dan derma dari sukan golf. TSM Charity Golf telah sedikit sebanyak mengubah persepsi masyarakat kepada sukan golf. Jika sebelum ini golf dianggap sukan untuk golongan elit, Tan Sri Muhyiddin melalui TSM Charity Golf telah mengubah persepsi ini dengan menjadikan golf sebagai satu wadah untuk membuat kebajikan dan menyumbang kepada mereka yang memerlukan.

Banyak pertandingan Golf Amal telah dibuat di Australia, New Zealand dan Indonesia. Melalui pertandingan amal ini, kutipan yang dibuat disumbangkan kepada badan-badan kebajikan pelajar di negara-negara tersebut. Sumbangan ini seterusnya digunakan untuk pelbagai aktiviti kebajikan pelajar dan rakyat Malaysia. Selain itu, ia juga sumbangkan kepada mereka yang didalam kesusahan dan mereka yang terlibat dalam pelbagai bencana alam.

Di dalam konteks sukan, Tan Sri Muhyiddin melalui TSM Charity Golf juga cuba untuk membangunkan aktiviti golf di Malaysia. Pada tahun 2006, TSM Charity Golf dengan kerjasama Kementerian Belia dan Sukan Malaysia telah menganjurkan pertandingan "TSM Golf Challenge[62] - In Search of Malaysian Tiger", dalam usaha untuk mencari bakat-bakat baru dalam sukan golf di Malaysia.

Bangunan Pusat Dialisis Tan Sri Muhyiddin di Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur

Penubuhan TSM Charity Dialysis Centre adalah bertujuan untuk membantu orang ramai yang kurang berkemampuan untuk mendapatkan rawatan Dialisis secara percuma. Ia terletak di alamat 88 Lorong Titiwangsa 7 Taman Tasik Titiwangsa 53200 Kuala Lumpur. Ia telah dibuka kepada awam sejak bulan April 2013 lagi.

Tapak utama TSM Charity Dialysis Centre telah dibina dengan kos permulaan sebanyak RM2.5 juta dan memerlukan elaun tambahan sebanyak RM980,000.00 setahun untuk perbelanjaan operasi dan penyelenggaraan.

Pusat dialisis dibuka kepada warganegara Malaysia yang berusia 12 tahun ke atas dan perlu ditemuduga oleh Badan Pemilih sebelum layak untuk mendapatkan rawatan. Mereka juga perlu bebas daripada wabak Hepatitis A, Hepatitis B dan Hepatitis C dan juga bebas dari wabak HIV.

Royal Johor Country Club

Beliau pernah dilantik menjadi Yang diPertua dan Presiden Royal Johor Country Club. Ia merupakan sebuah kelab golf yang terkenal di Johor Bahru. Kini ia telah bertukar nama kepada Johor Golf and Country Club.

Persatuan Bola Sepak Negeri Johor Darul Ta'zim

Beliau telah dilantik sebagai Presiden, Persatuan Bola Sepak Negeri Johor Darul Ta'zim (1986-1995). Banyak kejayaan yang telah dicapai oleh pasukan negeri semasa beliau memegang jawatan sebagai Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor Darul Ta'zim.

Pencapaian pasukan bolasepak negeri Johor Darul Ta'zim dari tahun 1986 hingga 1995

Piala Tempatan
Piala Antarabangsa
Liga Tempatan

Kebajikan

Persatuan Kanak-Kanak Spastik Negeri Johor Darul Ta'zim

Beliau adalah Presiden Persatuan Kanak-Kanak Spastik Negeri Johor Darul Ta'zim selama 10 tahun (1986-1996). Pada bulan Mac 1987, beliau telah meletakkan batu asas bagi membina bangunan baharu untuk Persatuan Kanak-Kanak Spastik Negeri Johor Darul Ta'zim.[63]

Kemasyarakatan

Persatuan Anak Melayu Johor Darul Ta'zim

Beliau adalah Penasihat II[64] Persatuan Anak Melayu Johor Darul Ta'zim. Persatuan ini berperanan menjaga kebajikan para ahlinya yang berasal dari Johor Darul Ta'zim yang tinggal di Wilayah Persekutuan dan Selangor Darul Ehsan.

Pembangunan Insan

Yayasan Nurul Yaqeen

Tan Sri Muhyiddin juga merupakan Pengerusi Yayasan Nurul Yaqeen sejak 12 Mac 1991.

Yayasan ini berperanan untuk

  1. Menganjur dan mengendalikan persidangan, seminar serta bengkel bagi meningkatkan perkembangan minda generasi Malaysia yang cemerlang serta mengeratkan silaturrahim dan menggalakkan integrasi di semua peringkat.
  2. Melaksanakan aktiviti-aktiviti pembangunan kepimpinan dan kemasyarakatan seperti ceramah motivasi, keibubapaan, kaunseling, pembangunan kapasiti wanita dan gejala sosial serta pelbagai bidang yang berkaitan.
  3. Wadah pengumpul para cendekiawan untuk berbincang dan melahirkan idea yang konstruktif, kreatif serta kritikal yang dapat menjadi panduan dalam menangani isu dan masalah ekonomi, politik dan sosial.
  4. Melaksanakan aktiviti-aktiviti untuk membantu meningkatkan pembangunan ekonomi Bumiputera khususnya dalam bidang keusahawanan dan pertanian.
  5. Menjalankan penyelidikan saintifik berkaitan dengan pembangunan ekonomi, sosial dan budaya yang berhubung rapat dengan pembangunan negara.

Anugerah Tesis Terbaik YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin[65][66] (2009-2010) yang dianjurkan oleh Yayasan Nurul Yaqeen dengan kerjasama Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam (ISDEV), Universiti Sains Malaysia (USM) itu bertujuan memberi pengiktirafan kepada penghasilan tesis bermutu tinggi bagi mengiktiraf tesis-tesis terbaik berkaitan Islam dalam pelbagai bidang. Pencalonan adalah dari kalangan para siswazah lulusan Ijazah Sarjana dan Ijazah Doktor Falsafah.[67]

Rujukan

WikiPedia: Muhyiddin_Yassin http://img.astroawani.com/2013-03/41363993631_295x... http://intrend.astroawani.com/detail/perkahwinan-m... http://www.astroawani.com/berita-malaysia/56-adun-... http://www.astroawani.com/berita-malaysia/jangan-c... http://www.astroawani.com/berita-malaysia/muhyiddi... http://www.astroawani.com/berita-malaysia/muhyiddi... http://www.astroawani.com/berita-politik/muhyiddin... http://www.astroawani.com/foto-malaysia/mengenangm... http://pru14.bernama.com/newsbm.php?id=1462150 http://2.bp.blogspot.com/--jgil5bA5mo/VWFb5qrdXXI/...